Buku Bimbingan Melukis Potret Hitam Putih


October 1st, 2009

Buku 2

Buku 1

AgusDhanik ialah seorang pelukis profesional sepenuh masa di Pasar Seni.

Beliau telah menghasilkan buku sulungnya yang bertajuk

“Bimbingan Melukis Potret Hitam Putih”

Buku ini berkisar pengalaman sebenar beliau selama lebih 10 tahun bergelumang dengan bermacam ragam dalam penghasilan Lukisan Potret di sana.

Beliau akan dedahkan tentang ;

1) Asas-asas untuk menjadi Pelukis Potret
2) Peralatan terbaik & Teknik untuk melukis Potret
3) Masalah-masalah yang dihadapi dan cara menyelesaikan setiap rintangan dalam melukis Potret…

Serta banyak lagi akan didedahkan…

Buku ini sesuai untuk sesiapa yang ingin mempelajari kehidupan sebenar sebagai pelukis potret sebelum memilih jalan ini sebagai kerjaya tetap.

Pelajar universiti,sekolah, persatuan pelukis wajib memiliki buku ini kerana ilmunya dan pandangannya amat lurus dan ringkas mudah di pahami.

Dapatkan Buku ini secara tempah terus dari AgusDhanik dan beliau akan menghantar terus ke pintu rumah anda menggunakan Pos Laju.
Harga tidak termasuk Kos Pos laju.

Harga;
Semenanjung Malaysia RM 39.90
Sabah/Serawak RM 42.00

ISBN 978-983-44864-0-2

Tempahan Potrait Di Buka !


February 19th, 2009

potrait9

Jika anda masih tercari-cari Pelukis Potrait untuk koleksi peribadi atau sebagai hadiah, Anda bertuah bertemu dengan saya.

Saya adalah antara pelukis sepenuhmasa yang berlegar sekitar kaki lima Central Market.

Saya sedia memberikan perkhidmatan lukisan Potrait  tanpa perlu anda berkunjung ke sini (CM)

Yup ! semuanya Online. :)

Jika anda berminat sila ikuti langkah mudah berikut untuk menempah ;

Langkah Mudah Untuk Menempah Lukisan Potrait;

  1. Emailkan kepada saya gambar & permintaan/butiran kehendak anda yang anda ingin dilukis ke agusdhanik[@]gmail.com (buangkan tanda [])
  2. SMS kan saya ayat ini ” Ada Tempahan Potrait di Email “ ke no HP sy +6012-2760409SMS SAHAJA! -kerana saya tidak suka diganggu semasa melukis, Maaf ini cara  artist seni seperti saya bekerja.
  3. Saya akan balas Email anda dengan memberikan sebutharga lukisan Potrait .
  4. Anda balas Email Saya & Buat Bayaran ke akaun saya(akan diberitahu). Jika setuju saya akan terus Mula Melukis. Sertakan sekali Alamat anda untuk penghantaran.
  5. Saya akan Preview sekali lagi email kepada anda untuk pengesahan lukisan yg dah siap.
  6. Pos Laju Terus ke alamat anda. Dijamin Selamat , Pembungkusan Anti-Basah.

Jadi apa tunggu lagi? :)

Pameran Jualan Lukisan Untuk Gaza


February 11th, 2009

10 Peratus Jualan Lukisan Untuk Gaza

KUALA LUMPUR, 6 Feb (Bernama) — Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Jeanne Abdullah hari ini merasmikan satu pameran lukisan yang akan menyumbangkan 10 peratus daripada hasil jualan seni itu kepada bantuan kemanusiaan untuk kanak-kanak di Gaza.

Pameran lukisan itu, yang diadakan di galeri bersebelahan Pasar Seni di sini, bertemakan “Dari Mata Turun Ke Hati”, memaparkan 46 lukisan hasil seni 22 artis Malaysia.

Jeanne berkata pameran itu merupakan satu inisiatif bagi menyumbang bantuan untuk kanak-kanak di Gaza dan tema berkaitan konflik Palestin - apa yang dilihat dan dirasakan.

“Kita mempunyai artis Malaysia yang berbakat yang seharusnya terus menerokai dunia kesenian mereka bagi melihat dunia dalam bentuk yang berbeza,” katanya.

Pameran itu tamat pada 22 Feb.

– BERNAMA

Jemput datang ek..Lukisan saya ada di pamerkan di sana.. Saya le antara 22 artis Malaysia tu…Jumpa sana ek…

Pameran dari 7hb Februari - 22 Februari 2009.

Welcome To AgusDhanik.com


January 1st, 2009

Hello My name AgusDhanik. Welcome to my site.

I’m the full time profesional artist.  In this website I want add my services about potrait drawing.

I’m also invite my team to work together to shown their talented fine art in their specialist.

All the artwork will be displays here are copyright.